20 tahun berhadapan dengan
karenah kanak-kanak
saya agak terlalu sibuk
dengan tugas-tugas rutin sehari-harian.karenah kanak-kanak
saya agak terlalu sibuk
Ditambah dengan tugas 'supermother'
menguruskan anak-anak,
saya rasa perlu pandai mengolah diri saya sendiri
supaya saya tidak rasa terlalu penat
atau terlalu sibuk hingga
menyebabkan tekanan pada diri saya.
Oleh itu,
apa saya buat.....
Menanam pokok bunga
Pada saya hobi menanam pokok bunga
memang satu fitrah manusia yang inginkan ketenangan, unik ,
relaks dan mendamaikan fikiran.
Pelbagai hobi yang boleh dilakukan oleh kita khasnya di kala
lapang ataupun di waktu kita rasa untuk merelakskan minda
yang sedang berserabut.
Menanam pokok ati-ati merupakan satu hobi saya di waktu lapang,.
Hampir 10 tahun saya mengumpulkan pelbagai spesies ini dan hampir
40 jenis ati-ati yang dapat saya kumpulkan bersama-sama ibu saya.
Bak kata orang, nak seribu daya. Ke ceruk mana saya pergi, kalau
saya terlihat spesies ati-ati yang belum ada di tanam di halaman rumah saya, tanpa segan silu saya akan bertanya pada tuan punya pokok ,
sama ada saya membelinya atau memintanya.
Ada baiknya juga mempunyai hobi seperti saya ni. Kawan bertambah ramaidan peminat ati-ati pun bertambah.
Kami jadi bertukar-tukar spesies ati-ati pula.
Tetapi tak taulah rakan-rakan saya sekarang.
Ada ke lagi spesies ati-ati mereka tu....
Pokok ati-ati ni sebenarnya bila dipandang memang spesies yang cantik.
Betapa Maha sucinya dan Maha Besarnya kuasa Allah,
mencipta corak-corak yang pelbagai warna dan bentuk pada daun ati-ati.
Apabila diselidiki, secara tradisionalnya pokok ati-ati boleh dijadikan ubat.
Ia digunakan(khasnya yang berbatang merah) untuk
mengubati anak-anak yang sakit perut, iaitu dengan melayurkan
daunnya di atas
api dan dilekapkan di atas perut yang sakit tadi.
Di bawah ini terdapat hampir 20 spesies ati-ati yang sedang
berada di halaman rumah saya sekarang. Hampir 20 spesies
lagi telah mati (sewaktu saya terlalu sebok dan waktu saya dalam
pantang melahirkan anak saya yang ke 8).Saya rasa amat terkilan
dan kalaulah saya dapat kembali spesies yang tiada itu ...
alangkah gembiranya hati saya.
Bukanlah susah untuk menanam pokok ati-ati ini. Patahkan batangnya
sahaja dan terus tanam., maka hiduplah ia. Namun ia perlu banyak air dan cahaya matahari. Selang 2 minggu,
berilah baja lebih kurang 5 - 8 biji (baja subur)
Ramai orang yang berminat dengan pokok ini, namun ramai juga yang
tidak suka kerana lebih kurang 4 atau 5 bulan, selepas pokok ini
agak tua dan besar, kita terpaksa menanam pokok yang baru. Pokok
yang sudah tua tidak lagi cantik untuk dijadikan hiasan dan kurang menarik.
Tetapi, kalau sudah minat, alah bisa tegal biasa.....
Saya amat bersyukur, suami dan anak-anak pun sama-sama menunjukkan minat dengan bunga ati-ati yang saya tanam. Kalau ada masa
suami turut menyiram pokok bunga yang saya tanam ini.
Antara spesies ati-ati yang saya tanam sekarang....
No comments:
Post a Comment