Pages

Monday, February 18, 2013

Berkongsi pengalaman Hidup

Catatan pengalaman...

(Sekiranya gambar2 yang bakal saya paparkan ini mungkin sangat2 menyentuh hati anda atau membuatkan anda rasa ngeri atau tak sampai hati nak tengok.. saya pohonkan kemaafaan..Diharapkan mudah2an ia memberi keinsafan,menjadi iktibar dan ingatan kepada saya dan  kita semua tentang pentingnya amalan menjaga kesihatan)  

Di ruangan ini suka saya ingin mengongsikan satu pengalaman.. Minggu lepas sewaktu saya dan  keluarga menghabiskan cuti di kampung sempena cuti Tahun Baru  Cina, saya dikejutkan dengan satu berita tentang salah seorang mak saudara suami yang telah menjalani pembedahan memotong  kaki kanannya hingga ke paras betis.  Memang sudah lama kami tidak menziarahi keluarganya memandangkan kekangan masa dan komitmen2 lain yang terpaksa kami  lalui.  Namun cuti panjang yang lepas memberi peluang untuk kami sekeluarga menziarahi sanak saudara termasuklah mak saudara suami ini.  Memandangkan kamera pun kami tak bawa dan tertinggal di Segamat dan kebetulan handphone  dan tab  yang kami bawa telah kehabisan beteri (kerana charger tertinggal dalm beg di rumah mak Muar), kami tak dapatlah  mengambil sebarang gambar di rumahnya pada hari tersebut.

    Sudah lama tidak berjumpa, tentunya akan hadir rasa sebak dan terharu apabila kami dapat berjumpa dan yang paling menyentuh hati saya ialah apabila saya   terlihat kaki kanan mak  saudara suami tu sudah dipotong... Keadaan ini berlaku disebabkan oleh penyakit kencing manisnya yang telah dihidapinya hampir 20 tahun lebih telah melarat-larat hingga berlaku keadaaan demikian...maklumlah, bisanya orang yang menghidapi penyakit kencing manis yang agak kritikal rupa-rupanya  kesannya sama ada akan menyerang buah pinggang, mata atau pun dalam darah yang akan menyebabkan luka yang kecil akan menjadi melarat dan sukar diubati. SubhanAllah, dari sini ia memberi kesedaran kepada kita tentang pentingnya menjaga kesihatan..

Menyambung semula tetang cerita mak saudara yang kami panggil Cik Mah, kakinya terpaksa dipotong kerana lukanya yang kecil telah melarat-larat hingga menjadi kudis  dan luka yang sangat besar.Menurut ceritanya luka yang terdapat pada kakinya adalah disebabkan  oleh tapak kakinya yang terpijak batu sewaktu menyapu sampah.Mungkin mak Cik Mah terlanggar batu dan terseret  sedikit pada tapak kakinya.. Saya tak nampak  dan tak boleh nak membayangkan ceritanya itu. Luka yang kecil itu rupanya telah mengandungi kuman melalui batu dan tanah yang melekat padanya. Menurut Mak Cik Mah, sebelum tapak kakinya yang luka itu dicuci sehingga habis dagingnya bertukar menjadi darah  dan nanah, saktinya denyutannya hanya Allah saja yang tahu.. sakitnya hingga ke ubun2 kepala..Dalam masa lebih kurang dua minggu lukanya telah melarat2 dan kakinya terpaksa dipotong.

Pada awalnya Mak Cik Mah tidak mahu kakinya dipotong, tetapi atas  nasihat  dan arahan doktor2 pakar hospital Muar, kakinya mesti dipotong untuk mengelakkan  daripada kuman terus merebak dan dapat mengelakkan berlakunya kejadian yang lebih buruk lagi. Doktor kata, "kalau Mak Cik tengok tapak kaki Mak Cik pun Mak Cik dah tak mahu nak bela kaki mak cik!" Mak Cik Mah memberitahu kami, dia tidak dibenarkan langsung melihat keadaan tapak kakinya sehinggalah kakinya dipotong.. dan bila saya bertanyakan kepadanya adakah dia mahu melihat gambar tapaknya kakinya itu.. dia kata.. cik Mah  tak mahu. tengok

Ini adalah gambaran kaki Mak Cik Mah yang telah dikirimkan kepada kami.  Ini adalah  di antara gambar yang diambil sebelum kakinya dipotong.  SubhanaAllah...  ia sangat2 menginsafkan saya..





Ini adalah  gambaran  dari sebelah atas tapak kakinya



                                           Apa yang dapat dilihat  melalui tapak kakinya..


Ya Allah... ia sangat2 menginsafkan saya bahawa ini mungkin telah ditakdirkan oleh Allah. Mak Cik Mah telah redha dengan keadaan ini.  Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, namun hanya Allah sahaja yang menentukan.  Saya mendoakan kesejahteraan Mak Cik Mah.  Sebelum saya melangkah balik, saya sempat memeluknya dan membisikkannya agar terus sabar dengan dugaan Allah.. Mak Cik Mah sangat2 tenang dan nampak mukanya yang bersih  dapat saya membayangkan betapa beliau telah banyak bersabar mengaharungi dugaan hidup hampir 70 tahun lebih.. Sifat keibuannya membuat hati saya tersentuh dan mengalir air mata saya.. apabila dia sempat mengatakan kepada saya.. "Mas, jagalah diri dan jaga semua anak2 baik2 ye! Kena banyak bersabar bila membesarkan anak2.. Mak Cik Mah doakan smua anak2 Mas akan  jadi anak yang  berjaya dan cemerlang, InsyaAllah ,.Amin...Doakan Cik Mah selalu ye!..Terima kasih banyak2 sebab tengok Cik Mah, Maaf, Cik Mah tak dapat datang jengah ko orang kat Segamat.. Masa Arwah mak (mak mertua saya) meninggal  dulu (bulan puasa tahun lepas) pun Cik Mah tak dapat ziarah, Cik Mah minta maaf kalau ada silap dan salah ye!  " Tak pela Cik Mah saya faham keadaan Cik Mah....InsyaAllah Cik Mah  saya ingat  pesan Cik Mah tu, Moga Cik Mah terus sabar, redha dan tabah..Saya pun minta maaf banyak2 kalau saya ada salah dan silap" Susana agak haru, namun saya rasa puas dapat menziarahinya..Cik Mah yang dulunya cergas dan sememangnya  rapat dengan kami tidak berkemampuan  lagi untuk menghantar kami hingga  ke pintu kereta seperti selalunya..Saya doakan moga Cik Maha terus sihat walaupun terdapat sedikit kekurangan pada dirinya..

Coretan ini saya luahkan dan telah meminta kebenaran daripada keluarga beliau untuk memaparkan kisah ini...Wassalam.. 




1 comment:

  1. Hanya Allah shj yg tahu akan rahsia segala ketentuan yang akan, telah atau bakal dilalui oeh hambanya.Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya.Moga Mac Cik Mah terus tabah menghadapi dugaan itu. Insyallah.

    ReplyDelete


Tentang saya

My photo
Segamat, Johor, Malaysia
Alhamdulillah... bersyukur dengan pelbagai kurniaan Ilahi.. tak terkira.. tak terjangaku untuk ku hitung semuanya. Terima kasih untuk mereka yang selalu membahagiakan dan menceriakan hidupku. Terima Kasih Ya Allah untuk segala2nya..