Pages

Wednesday, May 12, 2010

Kegunaan daun pokok bunga ati-ati

Daun hati-hati digunakan untuk merawat batuk terutamanya untuk orang dewasa. Caranya ialah dengan cara menumbuk beberapa helai daunnya dan dicampur dengan air, kemudian tapis airnya untuk diminum dua kali sehari. Selain itu campuran daun ati-ati, daun inai, daun jambu batu dan akar tutup bumi direbus hingga mendidih dan diminum airnya untuk mengecutkan rahim.Untuk asma pula(terutamanya pada kanak-kanak) ambil beberapa helai daun ati-ati yang berwarna hijau dan secubit kapur sirih. Ramas daun bersama kapur sirih hingga hancur dan sapu pada dada pengidap asma tadi sebelum tidur. Daun ini boleh juga direbus bersama dua cawan air hingga tinggal secawan, campurkan sedikit gula batu dan minum.

No comments:

Post a Comment


Tentang saya

My photo
Segamat, Johor, Malaysia
Alhamdulillah... bersyukur dengan pelbagai kurniaan Ilahi.. tak terkira.. tak terjangaku untuk ku hitung semuanya. Terima kasih untuk mereka yang selalu membahagiakan dan menceriakan hidupku. Terima Kasih Ya Allah untuk segala2nya..