Pages

Saturday, August 4, 2012

Salam Ramadhan..

Salam Ramadhan..

Selamat menunaikan Ibadah Puasa khasnya kepada semua umat Islam di Bulan Ramadhan Al Mubarak ini.  Rasanya dah lama saya tak jengah blog saya ni,mungkin sebok kut atau sengaja buat-buat sebok.. Mungkin kerana setahun dua ni saya sebok menyiapkan tugasan/assimen.. sambung belajar lagi, sekarang dah masuk sem 3 (tahun 2), dah jadi mahasiswa.....mahasitua pun boleh la..Sekarang bersaing pulak dengan 2 orang anak saya yang tengah belajar kat U jugak. Yang sulung kat UPNM (Perubatan - Insya Allah bulan 9 ni masuk  tahun 2)dan kedua kat UNIMAS (Asasi Sains Hayat).. Hai anak-anak ku belajarlah bersungguh2, kalau ko orang dapat anugerah dekan, mak dapat sipi2 dekan dahlah... tapi belum tau.. tengok nanti kot mak dapat anugerah cemerlang..  Waaa.. 2015 terasa lama lagi tu..
    Bersyukur juga bila dapat sambung belajar ni, dapat ramai kawan, dapat ilmu lagi, dapat kenal ilmuan yang pastinya pensyarah2 kat tempat belajar tu... Tulah bila saya berdepan dengan mereka,  terasalah ceteknya ilmu  saya  nih.. bila buat assimen, buka buku, buka internet, bincang ngan kawan2,  ala.. lagi terasa luas betul ilmu Allah  ni,  tak terjangkau rasanya. Terima kasih kepada semua pensyarah2 dan rakan2 yang banyak membantu..Terima kasih kepada suami yang selalu anta dan ambil saya dari tempat belajar,   nak bawa kereta sendiri suami tak bagi , pasal dulu time dia belajar, saya banyak tolong siapkan assimen dan  buatkan tesis dia, sekarang dia kata tak mampu nak buatkan asimen saya, tolong anta dan ambik dari tempat belajar kira oklah tu..  Apa2 pun terima kasih  buat suami kerana banyak membantu dan beri saya sokongan dan dorongan, lagi2 time nak periksa atau dah last minit nak siapkan assimen, dialah yg banyak tolong siapkan hidangan kat dapur atau uruskan anak2.. tq so much!!!
    Saya baru lepas siapkan sedikit assimen tentang perlembagaan negara.  Kiri kanan ada buku rujukan, serve internetlagi...cuba nak siapkan jugak.. 11 Ogos nak anta ni... nasib baik sikenit kat belakang saya ni nyenyak tido.. sat lagi klau da bangun, haru biru  dibuatnya..
    Sebut pasal sikenit ni,.... anak saya yang ke last lah ni, Lahir tahun lepas bulan Julai, 3 haribulan . Keluar melalui pembedahan lagi.. Syukur dah setahun dah dia sekarang. Dengan lahir seberat 1.1 kg,iaitu lebih kurang 7 bulan dalam kandungan anak saya Nurhana Aisyah sempat tinggal di SCN/CCU selama 30 hari dan tinggal di wad kanak-kanak biasa selama 3 hari.  teringat lah saya berulang dari rumah  ke hospital anta susu badan.  Sekarang dah aktif macam kanak2 biasa, dah pandai merangkak dan pandai mengemas ikut stail dia tu.. Sikenit pengubat keluarga, jadi rebutan anak2.. Bila semua kat rumah, bila yg kat U dan duduk asrama pun balik   ha,seronok betui.. saya pegang tang nak menyusukan je,,.. lain-lain hal ramai nak bantu..  Walau bagaimanapun, terima kasih kepada semua staff doktor dan jururawat di SCN/CCU Hospital Muar dan Segamat yang sentiasa menjaga dan mejalankan tugasan dengan rawatan yag rapi terhadap anak saya, juga khas sekali kepada doktor yang menjalankan pembedahan ke atas saya.. Rupa ingat.. doktor Melayu yang kecil molek, lemah lembut dan ayu gitu, muda lagi dah jadi pakar bedah.. nama tak ingat.., dan hari tu waktu pi hospital waktu melawat Pak Cik saya, sempat terserempak dan berbual dengan doktor tu, malangnya beliau tak pakai name tag, sempat dia tanya dan dapat tengok anak saya Si Aisyah ni... Sempat dia tanya.."Dah besar dah anak akak,  sihat tak dia sekarang?"..  Terharu pulak doktor yang bedah mak tu nak berbual ngan mak.. tak sombong pulak!  Hai anak ku Nani, esok bila dah jadi doktor jadilah  doktor yang berhati mulia dan tak sombong macam doktor tadi ye!
    Banyak dah saya berceloteh.. teringat pokok ati2 yang saya tanam belum bersiram lagi... Tengok macam mendung je kat luar tu, kalaujadi hujan sykur juga, tak payah nak susah2 nak siram lagi. Hati kalau dah minat, sebok macam mana pun  mesti buat juga.  Macam saya nilah, pokok ati2 saya tetap saya tanam.  Bila dah tua sikit saya tukar tanam yang baru.  Setakat ni hampir 30 jenis ada lagi saya tanam.  Seronok bila pokok dah mula naik, cuma kena rajin membaja dalam 2 minggu skali lah.
   Murid-murid tahun 6 tak lama lagi nak periksa. Ujian yang terbaru ni saya belum sempat tanda lagi, malam nilah kut, esok boleh bincang kat kelas kalau dah siap bertanda..  Oklah saya dah mula penat nih, Aisyah dah bangun.. laparlah tu... tak posalah katakan.. Lapang2 saya jengah lagi d blog saay nih..
   

3 comments:

  1. Assalamualaikum.... mas...*peluk sampai penyet* rindunya aku kat ko.

    Tahun lepas cuba nak beraya kat rumah ko tapi bila aku call handphone tak ada yang menjawab. Jadi tak jadi lah nak datang. Rumah mak ko aku dah lupa yang mana satu. Jadi sempat singgah rumah aini je.

    Insyallah tahun ni aku nak jengah rumah Lin Khairi pulak. Kadang segan sebab aku tak pernah ke rumahnya di Batu 4 tu tapi sebab dah lama tak jumpa aku nak terjah ja lah. Rasanya tinggal mak dia je sebab bapanya pun dah meninggal.

    Mak ko sihat? Lama tak jumpa. Kali akhir jumpa dia dengan Bahari pergi belanja kat kedai Ah ta Batu 6 tu.

    Tahniah lah sebab sambung belajar walaupun anak berderet dan dah besar. Semangat belajar ko tu aku puji jangan jadi macam aku la ni memang otak dah berkarat lah nak belajar lagi. Tak masuk otak pun. Apa pun yang ada ni aku dah bersyukur sangat-sangat.

    Pss aku pergi blog nani anak ko yang nak jadi Doktor tu bila aku tenguk dia teringat wajah manis ko semasa kita sekolah dulu. Sebijik sejibon rupa dia dengan rupa ko dengan senyum manis pun saling tak tumpah.


    Apa pun tahniah ya mas. Windunya aku

    ReplyDelete
  2. Salam Nott.. Ceh, ko nak peluk aku sampai penyet.. minta izin ngan si Hakim dulu...haa. haa.. ewah ko ni, tambah2 cun sekarang.. Berisi lagi. Sihat ko ye!? Yelah aku pun rindu sangat kat kau. Masa ko keja kat Segamat dulu bole la sekali sekala jumpa ko tapi ko dah pindah jauh so ntah bila dapat jumpa yek! Aku pun dah lama tak jumpa si Aini. Harap2 raya ni dapatlah aku jumpa kau ngan Aini. Si Lin Khairi satu kelas kuliah ngan aku sekarang. Tupun tak sangka. Dia ngajar kat Kluang. Bila ada kela,s aku memang selalu nyembang ngan dia. Dia duduk belakang aku, cuma bila wat assimen berkumpulan dia tak sekumpulan ngan aku. Tapi bila buat persembahan dalam kelas dia ngan aku satu kumpulan. Klau kau nak no hp nya pun aku ada.
    Alhamdulillah mak aku sihat. Mak ko camne, apa khabo sekarang ye, kat rumah duduk ngan sapa pulak ye Ti? Dah lama kita tak duduk menyembang, kalau berkumpul tentu banyak cerita. Aku Ti bila tengok blog ko... fuh.. seronok bila pi negeri orang ,dah tentu banyak pengalaman yang ko dapat. Aku tak dapat pegi macam ko, dapat tatap gambar ko pun jadilah. Baru-baru ni je bulan 5 aku pi Sarawak anta anak ke 2 kat UNIMAS. Dapatlah tengok awan biru n dapat jumpa pramugara pramugari yang come2 dan cun2 tu...Apa2 pun tahniah utk ko, dapat jelajah negeri orang...
    Aku ni dah tua2 baru nak sambung belajar, dulu masa muda2 aku malas kut nak belajar, pasal anak kecik2 lagi, lagipun waktu tu suami aku belajar jugak, kalau dua2 belajar sapa pulak nak jaga anak2 aku tu. Takkan nak suruh mak atau mak mertua aku jaga. Dia orang pun dulu dah puas jaga anak2, biorlah sekarang ni depa berehat pulak, ye tak? Belajar dah banyak umur ni memang seronok jugak, tapi tang nak periksa tu, haru biru dibuatnya,baca baca tak masuk, baca baca tak masuk.. Kadang2 bila aku baca buku ke nota, baca page yg sama je..terlentuk nak tido pulak!Nak baca mesti ada pen dan buku nota. Buat nota sikit baru boleh ingat. Time dalam dewan peperiksaan pulak... lupa balik apa yg dah dibaca dan ditulis kat nota kecik tu, last2 belasah jelah apa yg ingat sikit2 atau ikut pengalaman je. Tu pun puas dah aku makan examo, makan madu, B Complex lagi, vit C, Prime rose oil, minyak ikan nak bagi otak ni berfungsi ngan baek, bagi badan cergas!! Syukur la Ti pointer aku oklah , sedang2 ngan kemampuan aku, cuma aku nak kejar 3.8 ke atas sampai 4+++.. susah no nak callenge anak2 aku tu..Cuma sekarang aku kena kuat semangat, baca mana yag aku termampu, doa dan tawakkal kepada Allah je..
    Ti, ko kalau ada masa tu blajarlah sampai macam kak Shireen, dah Dr Shireen Harun sekarang. Dulu Kak Shireen kan satu bilik ngan kita masa form one, aku ingat kalau dia pening kepala, dia minta aku picitkan kepalanya.
    Ko rajin jugak baca blog Si Nani anak aku ye Ti?!. Ko ingat tak, masa aku lepas bersalin dulu, ko yg tolong watkan surat beranak anak aku, pasal ko masa tu kat pejabat pendaftaran hospital Segamat kan. Ada dua orang anak aku yang kau tuliskan namanya kat Surat Beranak. Tulah tulisan kau yg jadi kenangan kat simpanan aku sekarang.
    Anak aku yg sulung tun memang banyak ikut pewatakan aku. Suka senyum, peramah, manis je kan.. gembengnya masa kecik pun macam aku jugak! ewah. masuk bakulllah ni, sebab aku Si Hakim tergila2 kat aku dulu. haa. haaa..saja lah Ti..
    Oklah ti, aku nak siapkan assimen aku yg nak kena anta 11 Ogos ni, Lain masa kita sembang lagi. Kalau pi Beijing ke, pi Jepun ke, manalah2 yg kau terpegi jangan lupa ole 2 untuk aku ye Ti.. Sampaikan salam aku wat bonda kau, dan adik ko si Faizul. Bahari adik aku sekarang ngajar kat JB.Ok Ti.. aku stop dulu.. Salam rindu untu ko. cup.. cup.. cup. Wassalam

    ReplyDelete
  3. Salam mas, wah panjang lebar ko celoteh. Macam baca novel lak.

    Pasal kak shireen tu bukan dia aje yang dah ada PHD malahan Azah Rahman, Rozita Mengen pun dah ado title Professor leee. Mereka semua tu jadi pensyarah UITM. UITM memang galakan stafnya sambung belajar. Macam Rozita Mengen tu sekarang dia di Perak. UITM Sri Iskandar bahagian IT. Azah rahman dan Jah serta Aslina tu member dok Klang. Dan 3 kali aku bertandang rumah Jah di Klang.

    Pasal sebilik dengan kak Shireen tu rasanya ko salah orang ler. Aku masa form one Dorm Puteh sebilik dengan Kak chik, Kak Zarinah, Kak Ijat Puteh,Aruah kak Saleha(akak angkat azah rahman).

    Haah bila teringat anak ko memang aku teringat aku tulis surat beranak tu. La ni pejabat Rekod dah tak buat pendaftaran surat beranak lagi kena daftar di Pejabat Pendaftaran.

    Ko belajar kat mana bila kuliah? Sambung belajar ambil Master ke? Kirim salam Lin ya.

    Mas, nasib masing-masing kan tak sama. Aku jeles kat ko dan kawan-kawan yang lain sebab ada suami dan ada zuriat penyambung warisan tapi aku macam tu juga dari dulu. Ko dan aini serta nani jeles kat aku asyik berjalan je. Tuhan beri kelebihan lain-lain kan. Aku kurang dari segi ini lebeh segi lain. Apa pun sebenarnya walaupun aku macam ni aku tetap bersyukur dengan rezeki yang Allah beri.
    Aku pun tak sangka rezeki aku kat KL berpeluang di hantar bertugas di luar negeri. Memang syukur sangat-sangat sebab kalau nak pegi macam pi UK tu simpan duit berkepuk pun belum tentu dapat pergi. Lain lah kalau dapat suami kaya hehehehe anytime leh melancung je. Amin.

    Insyallah nanti aku korek ada lagi tak oleh2 dulu2 yang aku beli. Buat masa ni selalu juga aku singgah rumah aini. Kesian kat dia yang kena dok rumah pak mertuanya menjaga akak ipar yang tak sihat. Insyallah tahun ni dia pergi menunaikan ibadah Haji bersama mak dia kalau tak salah ler.

    Insyallah kalau ada rezeki mudahan kita dapat berjumpa ya mas. Windu nak menyembang dengan ko. Nani mardi aku selalu jumpa dia kat putrajaya ni. Dia berniaga di pasar malam Putrajaya.

    ReplyDelete


Tentang saya

My photo
Segamat, Johor, Malaysia
Alhamdulillah... bersyukur dengan pelbagai kurniaan Ilahi.. tak terkira.. tak terjangaku untuk ku hitung semuanya. Terima kasih untuk mereka yang selalu membahagiakan dan menceriakan hidupku. Terima Kasih Ya Allah untuk segala2nya..