Pages

Monday, September 3, 2012

TAJUK 1 : PENGGUNAAN ENJIN PENCARIAN BAHAN BAHASA MELAYU


(BMM3105 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer-Catatan Masniah Suwardi)


1.1 Menggunakan web, video, audio, dan imej
1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran
bahasa Melayu.
1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.


1.1 Menggunakan laman web, bahan video, audio, dan imej          Fishy

1.1.1 Menggunakan laman web.
Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN
dan lain-lain. Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google. Kesemua pembekal maklumat
internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio,
video, teks, dan grafik.
Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan
alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan
dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.
Contoh alamat pembekal maklumat internet:
www.yahoo.com
www.yahoo.co.uk
www.yahoo.com.my
www.google.com


  Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search. Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet. Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com 

Lihat contoh di bawah.
Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari. Setelah mendapatkan video
yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube
downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet.
Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader ini untuk memuat turun bahan yang
diperlukan.

Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih dahulu
sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Guru perlu mengambil
kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum menggunaan bahan yang diperoleh daripada internet.

Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik. Simpan
semua bahan berkenaan di dalam folder tajuk 1. Di dalam folder tajuk 1, buat folder audio,
video, grafik, dan teks dan masukkan bahan yang berkenaan ke dalam folder yang berkaitan.

1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran
bahasa Melayu.

Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari. Sila lihat contoh di bawah.
Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan seperti yang berikut.
Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak. Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “resepi masakan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda. Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran. Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu. Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan.


1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk Alamat Internet dan Katalog Internet.
Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog Internet. 
Sila lihat prosedur di bawah.

1.3.1 Alamat Internet
Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan
halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.
Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak.
Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.
Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini
dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.
Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir
melakukannya. Sebagai contoh, yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang
telah diberikan.

Alamat Internet.
Wajik

Karipap

Menambah Nilai Buku


Memperkasa Pantun Melayu

Bergaya Dengan Teknologi Nano

Penglihatan Dan Keselamatan Jalan Raya

Pantun Melayu

1.3.2 Katalog Alamat Internet.
Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat
internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Dengan menggunakan katalog alamat
internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang
disertakan.
Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:

Tajuk
URL
Sinopsis

Untuk mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas dan pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah. Masukkkan
tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Sila lihat contoh yang berikutnya.
Katalog Alamat Internet:

Tajuk
Peribahasa Melayu
URL
Sinopsis
aman sesawang yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai peribahasa Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di
Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan semua peribahasa peribahasa Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan semua peribahasa




Tajuk
Pantun dan Gurindam Melayu
URL
Sinopsis

Artikel ini mengandungi pelbagai jenis gurindam dan pantun Melayu yang dapat dijadikan sebagai bahan rujukan.


Tajuk
Seni Tenun Melayu
URL
Sinopsis
Laman sesawang mengenai seni tenun Melayu yang terdapat di nusantara

Tajuk
Tatabahasa : Kata Nama
URL

Sinopsis
Laman sesawang mengenai kata nama dan menunjukkan jenis kata nama dan contoh penggunaan kata nama.

.
Tajuk
Tatabahasa : Penjodoh Bilangan
URL
Sinopsis
Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah
atau bilangan. Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan sebagainya.


Tajuk
Ayat Inti
URL
Sinopsis
Laman sesawang mengenai ayat inti contoh dan penggunaan yang betul.
Rounded Rectangle: TAJUK 1 : PENGGUNAAN ENJIN PENCARIAN BAHAN BAHASA MELAYU

1 comment:


Tentang saya

My photo
Segamat, Johor, Malaysia
Alhamdulillah... bersyukur dengan pelbagai kurniaan Ilahi.. tak terkira.. tak terjangaku untuk ku hitung semuanya. Terima kasih untuk mereka yang selalu membahagiakan dan menceriakan hidupku. Terima Kasih Ya Allah untuk segala2nya..