Pages

Monday, September 10, 2012

TAJUK 10 : MEMBINA BAHAN VIDEO DAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

(BMM3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER - Catatan Masniah Suweardi)


Penerimaan sesuatu yang bersifat bergerak, beralun, berbunyi dan berirama adalah
satu perkara yang digemari semua golongan manusia, dan murid-murid sekolah
rendah terutamanya. Lantaran itu, adalah menjadi tanggungjawab guru Bahasa
Melayu untuk mengetahui cara membina bahan pengajaran berorientasikan video
dan audio.

10.1 Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa. Proses pembinaan
video dalam pengajaran kemahiran bahasa mempunyai perancangan tertentu
seperti:

·         Penentuan peringkat pengajaran
·         Kemahiran bahasa
·         Penentuan peringkat pengajaran

      Peringkat pengajaran bermaksud penentuan peringkat atau waktu pengajaran bagi
menggunakan bahan audio dan video tersebut. Hal ini membantu guru dalam waktu
yang sesuai penggunaan bahan video dan audio.
Peringkat pengajaran boleh dikategorikan kepada beberapa peringkat iaitu :


       Mudah   à     sederhana  à  maju
     Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik,
audio, video dan animasi. Selain itu, interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan
proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.

Prinsip pembinaan bahan video dan audio

·          Penggunaan  elemen animasi
·         Penggunaan elemen teks
·         Penggunaan elemen video
·         Penggunaan elemen grafik dan visual
·         Penggunaan elemen audio

Penggunaan elemen teks

      Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam
proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen media
lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki.

      Hal ini bermakna teks ini penting dalam menyampaikan P&P.Pastikan teks yang
digunakan ringkas tetapi padat.Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian.
Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai.Pemilihan jenis tulisan dan warna
teks bersesuaian dengan kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan.

Penggunaan elemen grafik dan visual

      Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak
bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya.
Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam
suatu proses penyampaian maklumat. Sebagai contoh sekiranya maklumat padat
telah dimasukkan dalam bentuk grafik, ia mampu menyampaikan sesuatu maklumat
dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan. Tambahan pula, ia boleh memfokuskan
perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.


Prinsip pemilihan grafik:

·         Pilih grafik yang bertsesuaian dengan kumpulan sasaran
·         Pilih grafik yang tidak menyentuh sensitivity kaum dan agama
·         Pilih kategori grafik yang tidak menyentuh sensitivit kaum dan agama
·         Pilih kategori grafik yang sesuai dengan keperluan tugas
·         Pilih kedalaman warna  yang sesuai dengan keperluan aplikasi
·         Gunakan spesifikasi grafik yang boleh digunakan tanpa masalah
pada sistem berkeupayaan rendah.
·         Hanya maklumat penting diisi dalam grafik ini.


Penggunaan  elemen  audio

      Penggunaan audio dalam membina bahan P&P bahasa Melayu boleh digunakan
bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan
berkesan. Ser ingkali bahan audio dan video ini digunakan untuk pengajaran
kemahiran Bahasa Melayu. Hal ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan
menimbulkan suasana yang menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang
ingin dipersembahkan.







Panduan menggunakan elemen video

      Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan
realitistik berbanding elemen-elemen multimedia lain. Video berupaya
mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat dan juga
mempengaruhi perasaan dan emosi para pengguna dengan lebih nyata.

Panduan menggunakan elemen animasi

      Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan
hidup atau member gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya
bersifat static. Hal ini untuk meberi kesan yang baik terhadap objek supaya kelihatan
lebih memberi kesan kepada pengajaran perkataan atau imej-imej static untuk
disampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi ini boleh
menceriakan proses penyampaian, disamping mampu member penegasan kepada
sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton difokuskan kepada isi
kendungan yang ingin disampaikan.

      Di samping itu animasi mampu memnyampaikan sesuatu konsep yang
kompleks secara visual dan juga dinamik bagi membolehkan proses membuat
hubungan atau perkaitan mengenai sesuatu konsep atau proses yang kompleks
lebih mudah untuk dipindahkan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu
dalam proses pemahaman mereka.
     Tambahan pula, animasi boleh digunakan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya untuk menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun mungkin melibatkan kos yang tinggi.penggunaan saiz dan kadar sampel yang tidak terlalu tinggi bagi tujuan rakaman atau semasa menyimpan fail audio sama di dalam sesebuah aplikasi bagi mengelakkan kebosanan kepada murid elakkan menggunakan audio jika ia didapati boleh mengganggu persembahan video.
      Sebagai contoh audio yang tidak sesuai mengikut situasi pembelajaran tajuk.
Pastikan pengguna mempunyai kuasa kawalan (mengawal ketinggian audio,
memberhentikannya) menggunakan audio jika ia hanya dengan isi kandungan aplikasi


Panduan gabungan elemen-elemen teks, grafik, animasi dan multimedia dalam
persembahan slaid.

      Bergerak di sekitar bilik ataupun ruang di mana anda melakukan persembahan dan
perhatikan bagaimana slaid anda muncul di skrin. Bagi bilik yang boleh memuatkan
30 orang, tajuk slaid seharusnya tidak kurang daripada 24 points dan saiz minima
untuk butiran teks (bulleted text) adalah 18 points.
Elak daripada memberikan terlalu banyak data dalam satu slai. Slaid seharusnya
member gambaran ringkas, huraiannya boleh dilakukan secara verbal.
Elak menggunakan garfik atau gambar yang terlalu kecil. Jika anda perlu meminta
maaf, maka jangan guna.
Guna warna secara selektif. Sebagai contoh warana latar yang lebih sesuai untuk
bilik yang cerah dan warna yang padat untuk bilik yang gelap. Merah sering
dikaitkan dengan bahaya dan berhenti dan kewangan muflis, maka elak
menggunakan warna merah untuk carta kewangan yang menunjukkan peningkatan.
Teks kekalkan ia pada nombor LIMA (+-2), contoh lima baris teks untuk satu slaid
dan lima perkataan untuk satu ayat.
Grafik: Gunakan visual yang dinamik unutk menarik perhatian dan berikan ruang
kosong antara grafik dan teks.


Panduan pelaksanaan video Pembelajaran Bahasa Melayu
menggunakan perisian Movie-Maker.

1. Memuatturun / Download video daripada internet.
2. Simpan video ( Download ) dalam satu folder.
3. Seterusnya, buka perisian Movie-Maker.
4. Masukkan video yang telah dimuat turun daripada internet ke dalam perisian
Movie-Maker.
5. Masukkan audio/rakaman suara sebagai bahan pengajaran dalam
menyediakan video pembelajaran.
6. Gerakkan audio/rakaman sesuai dengan watak dalam video yang
dimasukkan.
7. Masa audio/ rakaman suara dapat diselaras mengikut masa video yang
hendak dimainkan menggunakan timeline.
8. Masukkan teks    dalam video melalui“ caption”.
9. Masukkantajuk video pembelajaran.
10. Masukkan animasi dan video effect
11. Masukkan sound effect atau muzik permulaan/intro.

No comments:

Post a Comment


Tentang saya

My photo
Segamat, Johor, Malaysia
Alhamdulillah... bersyukur dengan pelbagai kurniaan Ilahi.. tak terkira.. tak terjangaku untuk ku hitung semuanya. Terima kasih untuk mereka yang selalu membahagiakan dan menceriakan hidupku. Terima Kasih Ya Allah untuk segala2nya..