Pages

Monday, September 10, 2012

TAJUK 12 : MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

(BMM3103 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER - Masniah
Suwardi)



12.0  Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

      Alat pengarangan merupakan alat bertanggungjawab untuk menggabungkan
data supaya ia dapat dipersembahkan untuk pembelajaran, latihan mahupun untuk
hiburan. Pengarangan atau (authoring) merujuk kepada pengaturcaraan yang dibuat
oleh bukan pengaturcara (programming by non-programmers). Alat pengarangan
merujuk kepada perisian yang akan digunakan. Selain itu, juaga alat pegarang ini
merupakan satu alat yang digunakan untuk mengarang atau menghasilkan sesuatu
karangan.

Jenis-jenis Alat Pengarangan

12.1 Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Mencapai Kemahiran Bahasa
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

      Alat pengarang yang dipilih haruslah membuatkan anda selesa dengan
penggunanya. Sebagai contoh pemilihan alat pengarangan yang dipilih ialah

Aplikasi :

*  Guru memberi tajuk karangan dan mengarahkan murid untuk
menghasilkan karangan tersebut menggunakan alat pengarang yang
diketahui.

12.2 Aplikasi Penyuntingan Bahan Bahasa Melayu dengan Menggunakan Alat
Pengarangan

 Bahan bahasa Melayu yang didapati daripada Internet boleh disunting. Bahan ini boleh mengikuti langkah-langkah penyuntingan bahan. Antara langkah-langkah berikut tersebut ialah :

(i) Mengumpul bahan dari Internet
(ii) Memasukkan maklumat dalam alat pengarangan
(iii) Memulakan semakan
(iv) Memadam maklumat tidak berkaitan
(v) Simpan maklumat atas talian

Jenis-jenis Alat Pengarangan

- Adobe Flash Flayer
- Microsoft  Office Word
- Blogger
-Comil


Adobe Flash Player

    Ialah perisian yang memaparkan animasi dan filem dengan menggunakan
atur cara computer seperti pelayer web. Flash Player ialah pemain multimedia dan
aplikasi ciptaan Macromedia, dibangunkan dan diedarkan oleh Adobe setelah
membeli Macromedia. Flash Player menjalankan fail-fail SWF yang boleh direka
dengan menggunakan alat pengarangan Adobe Flash rekaan Adobe Flex, atau
mana-mana alat Macromedia yang lain dan pihak ketiga.
Nama Adobe Flash, atau sekadar Flash, merujuk kepada pogram
pengarangan multimedia tersebut ataupun Adobe Flash Player edaran Adobe yang
menggunakan grafik vector dan raster, bahasa peenskripan tersendiri iaitu Action
Script dan penstriman video dan audio dwiarah. Sebenarnya, Adobe Flash hanya
memaksudkan sekitaran penghargaan manakala Flash Player ialah mesin maya
yang digunakan untuk menjalankan fail Flash, namun erti-erti tersebut sering
dicampuradukkan dalam bahasa percakapan. Oleh itu, nama “Flash” boleh
memaksudkan sekitaran pengarangnya, pemainnya atau fai-fail aplikasinya.

      Flash Player menyokong bahasa penskripan tersirat bernama Action Script
(AS) yang berasaskan ECMAScript. Semenjak diperkenalkan sebagai sintaks tanpa
pemboleh ubah, Action Script telah berkembang maju untuk menyokong kod
berorientasi objek, hinggakan keupayaannya boleh dibandingkan dengan Java
Script ( satu lagi bahasa penskripan barasaskan ECMAScript).
Pada awalnya, Flash Player direka untuk memaparkan animasi vektor dua
dimensi yang ringkas, tetapi kini sesuai untuk mereka aplikasi Internet kaya dan
menstrimkan video dan audio.
      Flash Player menggunakan grafik vector untuk meminimumkan saiz fail serta menghasilkan fail yang menjimatkan lebar jalur dan masa pemuatan. Flash ialah format yang sering digunakan untuk permainan, animasi, dan GUI yang dibenamkan dalam laman web.
Flash Player tersedia sebagai pemalam untuk versi-versi terkini player web
(such as Mozilla Firefox, Opera, Safari dan Internet Explorer (IE)) di platformplatform
terpilih. Adobe menyatakan bahasa setiap versi pemalam adalah serasi
dengan versi sebelumnya, kecuali perubahan ciri-ciri keselamatan yang
diperkenalkan dalam versi 10.[1].

COMIL

Bagi sekolah-sekolah di Malaysia alat pengarangan yang dicadangkan
digunakan adalah alat pengarangan yang dibangunkan oleh MIMOS Bhd iaitu
ComIL. Untuk mempelajari alat pengarangan ini, pihak MIMOS telah menyediakan
tutorial ComIL yang boleh didapati di www.comil.com.my . ComiL merupakan satu
inovasi daripada MIMOS Berhad yang dibangunkan oleh pakar tempatan (MIMOS,
tanpa tarikh). Ini bermakna ComIL merupakan pilihan terbaik untuk senario
tempatan.
ComiL Intan ialah sebuah alat pengarangan multimedia yang pertama
menggunakan antara muka Bahasa Melayu (MIMOS, tanpa tarikh). Ia adalah versi
terbaru selepas Comil Zamrud. Menurut mereka, alat pengarangan ini amat menarik
kerana ia boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja. ComIL boleh difahami dan digunakan
oleh pelajar-pelajar sekolah rendah sehinggalah orang-orang dewasa. Ia juga
mampu memenuhi keperluan pembangun multimedia profesional.
Alat pengarangan ComIL ini menawarkan pelbagai kemudahan kepada
penggunanya untuk membina satu perisian multimedia yang interaktif. Melalui alat
ini, guru-guru dan pelajar-pelajar boleh mencipta pelbagai bahan pengajaran dan
persembahan multimedia dengan menggabungkan teks, grafik, video, animasi dan
kesan bunyi yang menarik.
Konsep belajar dari komputer dilaksanakan sekarang apabila menggunakan perisian
ComIL ini untuk membina kemahiran-kemahiran tertentu. Di sini pelajar akan belajar
menggunakan Comil dari laman web ComIL (guru) yang telah menyediakan satu
modul yang lengkap untuk memperkenalkan ComIL. Selain dari menggunakan
tutorial dari laman web tersebut, guru-guru boleh menggunakan buku panduan yang
dibekalkan oleh pihak MIMOS apabila perisian ComIL dibeli dari mereka sebagai
bahan bantu mengajar.

Kekuatan Alat Pengarangan COMIL

* Penggunaan Bahasa Melayu yang mudah memberikan kefahaman yang jelas
kepada pelajar untuk memahami arahan-arahan yang diberi.
* Suasana pembelajaran yang bermakna dan relevan dengan senario tempatan
dapat dihasilkan.
*  Pendekatan penerangan yang digunakan memudahkan pelajar mengikuti
proses memahami sistem ComIL.* Kemas dari segi susunan nombor yang teratur, serta peraturan arahan yang
berkesinambungan dari satu fungsi ke fungsi yang lain
*  Ia mempunyai bahagian pengenalan yang menerangkan definasi perisian
kursus serta
*  konsep-konsep asas yang berkaitan agar pelajar mempunyai kefahaman
yang fokus tentang pembangunan perisian kursus yang menggunakan alat
pengarangan









No comments:

Post a Comment

Tentang saya

My photo
Segamat, Johor, Malaysia
Alhamdulillah... bersyukur dengan pelbagai kurniaan Ilahi.. tak terkira.. tak terjangaku untuk ku hitung semuanya. Terima kasih untuk mereka yang selalu membahagiakan dan menceriakan hidupku. Terima Kasih Ya Allah untuk segala2nya..