Pages

Monday, September 10, 2012

TAJUK 13 : MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

(BMM3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER-Catatan Masniah Suwardi)


13.0 MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN PENGAJARAN
BAHASA MELAYU

      Animasi digunakan untuk memberi gambaran bagi sesuatu objek. Animasi
boleh dalam bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas.
Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan
kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia
sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik.

13.1 Menggunakan Animasi Perkataan Dan Objek Power Point

POWER POINTS

      Perisian Powerpoint atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan
terutamanya dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial,
pembentangan kertas kerja dalam seminar. Namun bagi dalam bidang pendidikan
pula, powerpoint ini kerap digunakan dalam kuliah atau tutorial di institusi pengajian
tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.

      Pada masa ini, powerpoint bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk
membuat persembahan pasif atau satu hala, malahan mempunyai kelebihan untuk
menjadikan persembahan lebih interaktif. Dengan lain perkataan powerpoint boleh
berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan
Instruksi Berbantukan Komputer (IBK) yang berkesan. Penggunaan powerpoint ini
sering dikaitkan dengan animasi.
Animasi dalam powerpoint ini terbahagi kepada dua iaitu:

i.               Lebih kepada slide powerpoint sahaja

Powerpoint :

è Clip Art
è Shape
è Smart Art
è Picture
è Chart



BIL


KANDUNGAN

HURAIAN

1.

PICTURE

Gambar yang bopleh diletakkan ke dalam powerpoint


2.

CLIP ART

-       Mengandungi enjin  pencari untuk mencari bahan atau gambar-gambar yang terdapat dalam computer


3


SHAPE

-Mengandungi bentuk-bentuk untuk dimasukkan sebagai grafik dalam powerpoint


4


SMART ART

-Mengandungi bentuk-bentuk grafik yang
Menarik untuk kegunaan dalam powerpoint.


5

CHART




-Mengandungi carta untuk menunjukkan hasil pengumpulan data dalam sesuatu bentuk yang jelas.



ii.            Lebih kepada penggunaannya kepada pergerakan slide powerpoint

è Transition:  Lebih kepada pergerakan slide, sama ada fade, shape,  uncover dan sebagainya.

è Animation:  Kesan animasi yang digunakan secara bijaksana akan  dapat menjelas atau  mengkategorikan  konsep yang abstrak

 13.2 Mencari, Mengumpul, dan Menyesuaikan Animasi daripada Internet

Maklumat boleh dicari dengan mencarinya di dalam enjin pencari.
·         Memilih bahan animasi sama ada imej mahupun grafik 
·         Pemilihan imej ini harus berkaitan dengan tajuk,
Contoh:  Tajuk pembentangan menjaga kebersihan alam
·         Imej yang dicari mestilah berkaitan dengan gambar alam sekityar seperti video”sayangi alam sekitar’.
è Koleksi yang dimuat turun digunakan dalam powerpoint atau dijadikan pautan dalam powerpoint.

PROSEDUR PENYEDIAAN PAPAN AYAT INTERAKTIF

PENGGUNAAN ENJIN PENCARI UNTUK PENCARIAN VIDEO

Terdapat pelbagai enjin pencarian yang boleh digunakanan untuk mencari video
antaranya google dan yahoo. 
·         Guna kata kunci pada enjin pencarian youtube untuk mencari video.
·         Muat turun video yang sesuai dan simpan dalam satu folder.
·         Penggunaan Power Point Presentation untuk papan ayat interaktif   
·         Pilih layout yang sesuaicontohnya layout blank
·         Masukkan background pada layout untuk dijadikan latar papan ayat interaktif
·         Masukkan video pada slide yang disimpandalam file.
·         Bina perkataan pada setiap papan berdasarkan video
·         Rakam suara menggunakan sound recorder dan simpan dalam folder.
·         Gunakan hyperlink untuk memasukkan bunyi. Pilih perkataan pada papan dan pergi ke butang insert .Kemudiaan pilih action dan masukkan bunyi suara yang dirakam.
·         Penggunaan custom show untuk memainkankesemua slide dalam satu paparan
·         sahaja. Pergi ke slide show dan pilih custom slide show.
·         Setelah siap kesemua slide papan ayat interaktif simpan papan ayat interakti
·         fsebagai powerpoint show.

No comments:

Post a Comment


Tentang saya

My photo
Segamat, Johor, Malaysia
Alhamdulillah... bersyukur dengan pelbagai kurniaan Ilahi.. tak terkira.. tak terjangaku untuk ku hitung semuanya. Terima kasih untuk mereka yang selalu membahagiakan dan menceriakan hidupku. Terima Kasih Ya Allah untuk segala2nya..