(BMM3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER- Catatan Masniah Suwardi)
4.0 Sinopsis
Kandungan tajuk ini memberi panduan
kepada para pelajar membuat pemilihan
bahan internet untuk pengajaran dan
pembelajaran BM. Pemilihan bahan
termasuklah memilih bahan
sastera,memilih bahan tatabahasa dan memilih bahan
bidang ilmu lain.
4.1 Hasil
Pembelajaran
4.1.1 Mensintesis maklumat dari
pelbagai sumber untuk mendapatkan bahan.
4.1.2 Menterjemah pengetahuan dalam
memilih bahan yang sesuai untuk
pengajaran bahasa.
4.3 Komponen Modul
Pembelajaran
4.3.1 Pemilihan Bahan Internet Untuk
Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa
Melayu
Bahan pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu begitu banyak di alam maya
kini. Namun, pemilihan yang bijak,
tepat dan berguna harus dititikberatkan oleh
pengguna. Pemilihan bahan harus
diberikan perhatian tentang beberapa aspek.
Dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu, terdapat tiga bidang
utama yang dijadikan ‘kata kunci’
dalam pencarian bahan pengajaran di internet.
v Memilih bahan sastera
v Memilih bahan
tatabahasa
v Memilih bahan bidang
ilmu lain (merentas kurikulum)
a) Memilih bahan
sastera
Kesusasteraan merupakan bidang penting
dalam Bahasa Melayu. Pemilihan bahan
kesusasteraan harus teliti berdasarkan
ciri-ciri pemilihan bahan dalam Rajah 20 di
atas. Genre sastera adalah kategori
atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan
dengan sesuatu gaya, bentuk atau
kandungan tertentu. Bahan sastera ini
merangkumi :
·
Syair
·
pantun
·
sajak
·
puisi
·
gurindam
·
Seloka
·
Cerpen
·
Prosa klasik
Pemilihan bahan sastera mempunyai
unsur-unsur tertentu yang berkait rapat
dengan bidang kesusasteraan. Menurut
Hasim Awang (2003),empat unsur utama
harus diteliti ketika memilih bahan
sastera dalam internet. Antaranya :
i)
Intelek-
Menimbulkan satu-satu fikiran yang tertentu yang tinggi dan menarik
dalam sesebuah karya sastera
ii)
Teknik
– Melihat teknik penguraian sastera menggunakan pelbagai teknik
iii)
Emosi-
Membezakan di antara karya sastera dan karya bukan sastera
iv)
Imaginasi
– Melihat ketajaman daya pengelihatan
dan pengamatan pengarang terhadap sesuatu benda dan peristiwa
b) Pemilihan Bahan Tatabahasa
Tatabahasa
merupakan bidang yang menumpukan perhatian terhadap :
- Pembentukan Kata dan Pembinaan ayat
Gabungan bunyi-bunyi bahasa - menghasilkan sukukata - kemudian membentuk perkataan – menjadi frasa - bergabung menjadi klausa - akhirnya menjadi ayat
- Kajian tentang bidang tatabahasa,
dilakukan daripada dua aspek yang utama iaitu:
Morforlogi iaitu
Pembentukan dan Penggolongan kata
dan
Sintaksis Subjek, Predikat serta pola
ayat.
Berdasarkan aspek pendidikan sebelum guru-guru
menggunakan bahan-bahan
sumber dari internet, sama ada untuk pengajaran dan
pembelajaran secara langsung di
bilik darjah atau sekadar sebagai bahan bantu mengajar
yang telahg terlebih dahulu dimuat
turun, proses penilaian dan pemilihan perlu dilakukan.
Hal ini perlu dilakukan supaya bahan
sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses
pengajaran dan pembelajaran.
Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya kesan negatif yang
tidak dikehendaki atau dijangka
kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
4.3.2 Faktor penyebab mengapa perlunya
pemilihan dan penilaian bahan
Menurut Neil (1999) beberapa faktor
harus dititikberatkan dalam mencari bahan dalam internet.
·
Jumlah bahan -Sumber yang ada
dalam Internet terlampau banyak tanpa ada kawalan.
Guru
harus bijak memilih bahan pengajaran agar selari dengan objektif pengajaran.
·
Kesan bahan - Internet mempunyai ciri yang luar biasa kerana
sama ada individu, pertubuhan, syarikat,
institusi pengajian tinggi atau sesiapa sahaja boleh menerbitkan apa sahaja
bahan sumber merekan dalam internet pada
bila-bila masa.
·
Kebebasan penerbitan
:Bahan-bahan internet yang telah diterbitkan tanpa perlu melalui proses
penyemakan dan pengesahan pihak lain malah berbeza dengan bahan sumber bercetak
di dalam buku, jurnal, bahan-bahan sumber dalam internet boleh diterbitkan
terus oleh penulis sendiri tanpa penerbit. Bahan-bahan tersebut mungkin menyeleweng.
Langkah pemilihan bahan internet:
·
maklumat
tentang bahan sumber seperti: URL, nama pengarang.
·
menggunakan
enjin pencari bahan yang pelbagai.
·
Pencarian menggunakan
portal yang sesuai.
·
menanda URL
dan memasukkan ke dalam folder yang
berasingan...
·
lihat semula
URL untuk melakukan penilaian.
·
Menilai menggunakan
laman web portal yang telah dikategorikan.
·
menilai
menerusi riview yang telah dibuat oleh orang lain.
·
menggugurkan
URL yang telah didapati tidak sesuai.
·
menyimpan
sebagai book mark untuk digunakan oleh pelajar.
·
memaparkan
bahan sumber seperti bookmark, portal dan sebagainya.
·
penilaian dan
penelitian guru dalam memilih bahan pengajaran daripada internet adalah fokus penting
kepada kejayaan pengajaran.
No comments:
Post a Comment