Pages

Tuesday, September 4, 2012

TAJUK 5: MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK, LAMAN WEB PEMBELAJARAN DAN PAKEJ TUTORIAL PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Turtle

(BMM3105:  Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer - Catatan Masniah Suwardi)


5.0 Sinopsis
Kandungan tajuk ini memberi panduan kepada para pelajar mengetahui prosedur,
membina dan menggunakan Tapak Pembelajaran dan Laman Sesawang bagi
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

5.1 Hasil Pembelajaran
5.1.1 Membuat refleksi dan penilaian dalam membina tapak dan laman web.
5.1.2 Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran untuk membina laman dan tapak.

5.3 Komponen Pembelajaran
5.3.1 Membina dan menggunakan Tapak Pembelajaran, Laman WEB
Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam P&P Bahasa Melayu.
Menurut Rosiadi. Et. all ( 2004 ) perkembangan teknologi dan ICT telah
meningkatkan penggunaan internet di Malaysia termasuklah penggunaannya dalampengajaran dan pembelajaran di sekolah. Terdapat beberapa cadangan am dan
pecahan di dalamnya.

5.3.2 Penghasilan bahan pengajaran yang baik dan berkesan
Penilaian yang rapi perlu dilaksanakan oleh pentadbir atau guru untuk
mencari bahan yang sesuai yang dapat meningkatkan pembelajaran pelajaran
pelajar bagi mengelakkan kerugian atau mendapat bahan yang tidak bermutu serta
tidak mencapai kehendak pembelajaran. Dalam proses penilaian bahan pengajaran
dan pembelajaran yang berasaskan web beberapa faktor perlu dipertimbangkan.

Menurut Rosiadi et.all. ( 2004 ) terdapat beberapa soalan yang perlu diberikan
perhatian dan penekanan dalam penilaian bahan Pembelajaran Berasaskan Web
iaitu:
i. Adakah mematuhi ciri-ciri bahan pembelajaran berbantukan komputer?
ii. Adakah “screen design issues” telah diambil kira?
iii. Adakah kaedah penyampaian bahan Pembelajaran Berasaskan Web
berkesan?
Bagi menjawab persoalan ( i) adalah perlu untuk kita mengetahui ciri- ciri
pembelajaran berbantukan komputer. Antaranya adalah:

Ø  Mempunyai maklumat terkini
Ø  Menyatakan objektif pembelajaran yang jelas
Ø  Integrasi antara isi dan isi pembelajaran yang lepas
Ø  Pelajar dapat menunjukkan kefahaman melalui latihan dalam talian
Ø  Terdapat maklum balas terhadap penilaian yang dilakukan



5.3.3 Asas Pembinaan Tapak Pembelajaran
Untuk membangunkan satu program multimedia yang baik, kita mestilah mengikuti
beberapa prinsip reka bantuk skrin seperti:

Paparan
·       Paparan: Skrin multimedia mengandungi beberapa elemen reka bentuk termasuk teks, gambar, ikon, dan butang. Guru harus merancang supaya paparan mempunyai imbangan yang baik.
·         Pilihan fon:Teknologi Microsoft Window Fon True Type membolehkan kita meletakkan sebarang fon pada skrin mengikut saiz dan warna yang dikehendaki. Pastikan fon yang dipilih dimasukkan ke dalam program komputer supaya akan keluar pada skrin.


5.3.4 Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu.

Tapak Pembelajaran boleh diwujudkan sama ada melalui perisisan Microsoft PowerPoint dengan capaian hyperlink atau melalui laman web atau blog secara capaian on-line internet.
Terdapat beberapa langkah dalam pembinaan tapak pembelajaran. Sebagai panduan umum, tapak pembelajaran ini boleh dibina dengan mengikuti beberapa  langkah di bawah.





LANGKAH
PENERANGAN
CONTOH





LANGKAH PERTAMA





Langkah pertama anda
haruslah mendapatkan
tapak atau web untuk
membina laman. Tapak
laman percuma banyak
didapati dan anda boleh
memilih mana- mana
tapak yang anda suka
atau inginkan .

· Geocities
· Tripod
· Angilefire
Communication















LANGKAH KEDUA











Setelah memperolehi
tapak laman anda
perlukan tutorial HTML
bagi membuat laman/
homepage dengan
menggunakan Tag
HTML. Penguasaan
kaedah HTML akan
memberikan lebih daya
kreativiti pada laman
anda. Terdapat banyak
tutorial di dalam internet,
anda boleh memilih
mana- mana tutorial yang
disenaraikan dibawah ini.

· An Introduction to
HTML
· Barebones Guide to
HTML
· A Beginner’s Guide to
HTML
· Beyond The Bones of
HTML
· Composing Good
HTML
· Crash Course On
Writing for the web

Terdapat juga perisian
HTML bagi kegunaan
membina laman terdapat
di pasaran dan ada di
antaranya boleh di muat
turun secara terus
daripada internet.

Built with BBEdit
· Coffee Cup Software
· Corel WEB and Internet
Products


Terdapat juga beberapa
cara yang paling mudah
dan ringkas untuk
membina laman, iaitu
dengan hanya mengisi
borang yang terdapat
dalam laman-laman web


· Make Your Own
Homepage
· Create A Homepage
Free Homepages
Templates
Cara untuk membina
borang (form), boleh anda
cuba beberapa kaedah

Selain itu, anda boleh
mendapatkan panduan
dan bantuan untuk
membina frame di dalam
laman anda. Berikut
adalah antara tutorial
yang saya temui untuk
kita kongsi bersama.
·         Form Tutor
·         E-mail Form
Generator

· Frame Tutor
· Frame’s Tutorial
Sharky's Netscape
Frames Tutorial


LANGKAH KETIGA


Warna adalah satu
keperluan dan yang pasti,
warna adalah pemancar
ilham kepada para
pengunjung untuk
menikmati laman
anda.Warna dalam laman
menggunakan kod
tersendiri (hex) jadi untuk
memudahkan anda
memilih warna sama ada
untuk latarbelakang,
jadual, frames dan
sebagainya. Sila klik manamana
yang anda mahu
mendapatkan panduan
warna

· Color Table
· RGB Color Chart
· HTML Color Names
· Color Scheme
· Complete HTML
True Color Chart




LANGKAH KEEMPAT





Laman anda memerlukan
beberapa sisipan
tambahan seperti CGI dan
Java Scripts – Counters
(Pembilang), Guestbooks
(Buku Pelawat), Mail To
Forms dan sebagainya.

· CountMania.com
· Cut-N-Paste
  Javascript




LANGKAH KELIMA


Tidak lengkap jika laman
yang dibina tidak
dimasukkan latar belakang
(background), Bullet, Icons
dan sebagainya. Anda
boleh mencuba lamanlaman
berikut untuk
memperoleh latar belakang
(backgrounds), Bullet,
Icons, sama ada untuk
laman personal, syarikat
atau anak-anak.

· Animation City
· The Background
Generator 2.0
· Glitter-Graphic
· Animation and
Graphic For Your
Websites
· Animation-Station


LANGKAH KEENAM


Memasukkan lagu (muzik
latar) seperti memberi
mood kepada laman anda
apabila dikunjungi. Jika
anda berhasrat untuk
memasukkan muzik latar,
dapatkan panduannya di
bawah ini:

· Free MIDI
· MIDI File Central
· The MIDI Farm
· Top 100 MIDI



LANGKAH KETUJUH


Apabila anda berjaya
menyiapkan laman anda,
langkah seterusnya anda
perlu lakukan ialah
mengiklankan laman ke
semua enjin pencari
(search engine) seperti
yang saya senaraikan di
bawah ini. Tujuannya
supaya laman (homepage)
anda akan mudah ditemui
oleh pengguna enjin
pencari dan seterunya
melawat laman anda!

· Add URL
· Add.Me
· HotBot
· Free Web
  Submission

No comments:

Post a Comment


Tentang saya

My photo
Segamat, Johor, Malaysia
Alhamdulillah... bersyukur dengan pelbagai kurniaan Ilahi.. tak terkira.. tak terjangaku untuk ku hitung semuanya. Terima kasih untuk mereka yang selalu membahagiakan dan menceriakan hidupku. Terima Kasih Ya Allah untuk segala2nya..