MENEROKA dan MENYELINAP BUMI CIPTAAN ALLAH
Cuti sekolah akhir tahun 2012 dah pun bermula.. lapang kepala rasanya bila tiba waktu cuti nih..dapat rehatkan minda setelah sebok mengadap kelas siang dan malam.. maklumlah mendidik anak2 kelas peperiksaan, Subjek Science lagi..Alhamdulillah dah lama saya tidak menatap dan mengemaskini blog saya ini, mungkin kerana sebok dengan tugas2 harian di sekolah dan sebok kerana menyiapkan assimen dan persediaan untuk menghadapi peperiksaan, doa2 mudah2an saya dapat memperolehi result yang lebih baik dari sem lepas .. (nak pecah kepala waktu jawab soalan kat dewan pep hari tu..syukur banyak yg saya baca tu banyak yang kluar tapi bila da jadi esei tak taulah...0 ditambah lagi sikecil dah mula lasak dan banyak sangat tugas2 sikecil saya yang perlu pemantauan dan pemerhatian..
Sesungguhnya dunia ciptaanNya sangat luas, tak terjangkau untuk diteroka oleh manusia.. Sebok-sebok hamba ni, waktu cuti2 nih sempat juga saya menyingkap buku ilmiah, saja nak tambahkan ilmu sambil2 menidurkan sikecil saya.. mudah2an dapat juga ilmu walau hanya sekelumit... dan dapat memberi motivasi kat anak2 yang dah balik dan berkumpul ni.. yang naik bas, yang naik flight, yang kena jemput, yang jalan kaki semuanya dah riuh berkumpul. Sambung cerita saya,.. saya nak kongsikan di sini tentang beberapa perkara... baca dan renung2kan tentang kejadianNya.. mudah2an memberi keinsafan, kesyukuran dan menyedari tentang kebesaranNya..
"DAN
DIA YANG MENGADAKAN LAUTAN, SUPAYA DARIPADANYA KAMU DAPAT MEMAKAN DAGING YANG
BARU, DAN KAMU KELUARKAN DARI DALAMNYA PERHIASAN YANG KAMU AKAN PAKAI. DAN KAMU
LIHAT KAPAL MEMBELAH LAUTAN SUPAYA KAMU MENCARI KURNIANYA DAN SUPAYA BERSYUKUR"
Surah AN-NAHL: 14
Mengenali Laut dan Lautan..
* pantai, laut dan lautan tempat kediaman berjuta jenis organisma dan melengkapkan kitaran hidup organisma daratan
* dunia di bawah ombak lebih besar saiznya daripada gurun, hutan dan gunung ganang di daratan
* 70 % permukaan bumi dipenuhi air dan 97% daripadanya lautan dengan nisbah 4 : 1 air kepada daratan
* Lautan Pasifik lautan terbesar dengan keluasan
179.68 juta km2 dan keluasan kesemua lautan 361.1 juta km2
* lautan menampung 1,370 juta km3 air (329 juta batu3) dan kebanyakannya tersimpan sebagai ais di kutub
* 1 batu3 air laut - 90 juta tan (Cl), 50 juta tan (Na) dan 6 juta tan (Mg)
* lautan moden terjadi 200 juta tahun yang lalu; dengan beberapa proses termasuk perebakan dasar laut.
* berbagai spesis yang wujud terdahulu masih ditemui hingga sekarang
*air laut membantu kehidupan organisma tanpa mengira kedalaman, suhu, kemasinan dan kegelapannya
*kemasinan laut bergantung kepada kepekatan bahan-bahan
terlarut dan diukur dalam seribu bahagian
air. Normal 33 - 38 ppt (purata 34.7
ppt) dan mencapai maksimum 41 ppt di Laut Merah
*bersifat alkali pH 8 dan takat beku -1.9oC
*lautan mempunyai sumber dan khazanah bernilai kepada manusia dan telah diterokai sejak sebelum ada rekod masa lagi
*menawarkan kebaikan dan kegunaan
Apa itu Laut dan Lautan?
* ditakrifkan sebagai suatu badan air (water mass/body) yang bersambungan dalam takungan di permukaan bumi (Encyclopedia Britannica)
* terdapat 66 badan air (lautan, laut, selat dan teluk); Lautan Hindi, Laut China Selatan, Selat Melaka, Teluk Siam
EKOLOGI LAUTAN 1 (Pengeluar Primer)
Fitoplankton |
Algae |
HUTAN KELP
Kelp di atas boleh tumbuh > 20m
RANTAI MAKANAN
*terdapat perbezaan di antara persisiran dan laut lepas
rantaian makanan di lautan menjadi semakin kompleks.
EKOLOGI LAUTAN II
(Persekitaran Fizikal)
`*persekitaran
lautan boleh dibahagikan
kepada bahagian menegak dan mendatar menegak - zon euphotik (baik cahaya) - zon aphotik (tanpa cahaya)
`*zon euphotik meliputi kedalaman 0 -
150 meter
*zon aphotik meliputi 75% daripada lautan dan di bahagikan kepada 3 lapisan; - mesopelagik - bathypelagik - abyssopelagik
*kedua-dua zon ini mempunyai taburan organisma yang
berbeza
EKOLOGI LAUTAN II (Persekitaran Fizikal)
-badan air
yang besar berhubungan
dengan sistem arus laut yang
teratur.
-pergerakan air laut yang
dikenali sebagai arus laut disebabkan; - pergerakan angin
- perbezaan ketumpatan menegak dan mendatar air laut dan - putaran bumi
-ketumpatan air laut dipengaruhi
oleh perbezaan kimia; air
laut dengan saliniti tinggi akan lebih tumpat dan tenggelam
-haba dari cahaya matahari juga mempengaruhi
ketumpatan air laut; air
laut yang
sejuk adalah lebih tumpaT
-arus permukaan boleh bergerak 5 -
6 batu/jam atau 9.2
km/jam manakala arus dasar laut boleh mencapai kelajuan 11 -
46 batu/jam
-keadaan arus laut; arah-haluan
(directional) dan kelajuan menjadikan kepelbagaian persekitaran dan hidupan
EKOLOGI
LAUTAN III ( Persekitaran Fizikal- Ombak)
- Ombak dihasilkan oleh pergerakan angin dan arus permukaan laut. Geseran dan pampanan angin menyebabkan
kocakan air dan kelajuan angin menyebabkan
ombak yang
besar.
- kelajuan angin disukat dengan skala
Beaufort (1808); skala 0 - 17. Skala 0; tenang, 1 5 km/jam, laut seperti cermin; skala 9; ribut, 89 - 102 km/jam, ombak sangat besar, laut memutih dan penglihatan
terganggu
- ombak oleh proses siesmik ataupun gerakbumi (gempa bumi di laut, tanah runtuh dan letupan gunung berapi) di kenali dengan nama ‘tsunami
EKOLOGI LAUTAN IV ( Persekitaran Fizikal- Pasang Surut)
- pasang surut juga dianggapkan sebagai ombak permukaan yang bergerak secara menegak (vertical)
- pasang surut terjadi oleh kesan graviti bulan dan matahari dan kesan tenaga
“centrifugal
EKOLOGI LAUTAN V ( Persekitaran Fizikal- Julang Air)
-fenomena julang-alir
(upwelling) adalah pergerakan hidupan dan nutrien dari dasar laut ke permukaan apabila keadaan fizikal dan topografi bersesuaian
-julang-alir
berlaku di lapisan 200
- 300 meter pertama kedalaman lautan
-julang-alir
kebanyakan berlaku di bahagian barat benua yang
mana air di persisiran pantai ditolak keluar oleh angin
-kawasan utama julang-alir
seperti persisiran pantai-pantai
barat laut dan barat daya Afrika,
California, Utara Chile dan Peru
-di kawasan julang-alir
suhu air rendah dan kaya dengan nutrien. Gabungan cahaya matahari, nutrien dan suhu, menggalakkan
pertumbuhan
fitoplankton
----> produktif tinggi
Contoh -contoh plankton PENGHUNI LAUTAN
*terlalu banyak hidupan di lautan untuk diperkatakan;
berbagai jenis (tumbuhan dan haiwan), saiz (mikron - gergasi), bentuk dan tabiat
*terdiri daripada organisma satu sel kepada mamalia yang
melahirkan anak
Batu karang |
Organisma-organisma kecil dan seni
PELBAGAI JENIS ALGAE
MAMALIA
SOTONG
IKAN TERBANG
KEPENTINGAN LAUTAN
* pengangkutan
dan komunikasi - perkapalan kargo dan penumpang - telekomunikasi
-
kabel letrik - paip-paip gas dan minyak
* makanan - perikanan tangkapan ( 70 juta tan/tahun) - marikultur
bekalan air - proses desalinasi (38 juta
liter sehari)
CONTOH AKTIVITI PERKAPALAN
PENGANGKUTAN
PERTAHANAN
PERIKANAN
* Perlombongan - >200 lokasi penerokaan petroleum
simpanan minyak bumi 2,000,000,000,000 tong - galian; pasir, kelikir,
sulfur, posfat, Mg (dianggarkan 1,500,000,000 ton Mg)
* Pelupusan sisa - sampah - najis - bahan kimia - radioaktif
LAUTAN DI MASA DEPAN..
MASALAH PENCEMARAN
PENCEMARAN AIR
KEMUSNAHAN HIDUPAN LAUT
OLEH ITU FIKIR-FIKIRKANLAH..
IKTIBAR..
"TELAH KELIHATAN
KEROSAKKAN DI DARAT DAN DI
LAUTAN, DISEBABKAN USAHA TANGAN MANUSIA, KERANA TUHAN HENDAK MERASAKAN KEPADA
MEREKA SEBAHAGIAN DARI (AKIBAT) PERBUATAN MEREKA, SUPAYA MEREKA KEMBALI"
AR-RUM: 41
|
Alhamdulillah semuga mendapat result yang marbeles. Banyaknya info yang boleh di baca ni. Mesti bila cuti dan semua balik mesti riuh rendah kan. Bestnya ada anak ramai. Syukur alhamdulillah atas limpah kurnia rezeki yang Allah bagi. Amin
ReplyDeleteBila lah aku dapat jumpa ko ni mas. Rindunya aku. Time raya je bila lalu air hitam tu manjang tak jumpa rumah mak ko. hish hish hish