TIPS UNTUK KEJAYAAN ANAK-ANAK
Pejam celik pejam celik kita dah masuk tahun baru 1434Hijrah/ 2013Masihi. Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana masih berupaya untuk terus bernafas pada tahun ini...masih diberi peluang olehNya untuk menikmati rezeki limpahanNya..Cepatnya masa beredar..kadang2 kita terfikir dah banyak ke amalan kita ni.. Anak2 makin bertambah besar dan kita semakin dimakan usia..Oh..dah tua rupanya aku..nasib baik belum bangka lagi...Toleh kebelakang...alahai sikitnya amalan..Mudah-mudahan tahun ni bertambahlah amalan dan berdoalah moga hidup terus diberkati dan sentiasa di dalam peliharaanNya.
Pagi ni tak ke sekolah sebab cuti hujung minggu.. tadi buat sarapan untuk anak2, bukak fb sekejap. Saya jarang buka fb ni, maklum banyak lagi tugasan lain yang perlu dibereskan Namun sesekali apa salahnya...chating ngan sahabat2 lama..rasa terubat rindu ngan mereka..rasa nak jadi kecik balik,bestnya bila dapt berjumpa dan bersembang dengan kawan2 lama..lagi2 kalau dah berkawan sejak kanak2 lagi...aura rasa rindu, sayang, cinta dan kasih telah terjalin dan tersemat di dalam hati..hanya Allah yang tahu.Kita tak boleh menipu hati kita..betul tak? Rasa ada chemistry antara kita..Sekarang masing2 dah berkeluarga,...masing2 saling mengingati dan
mendoakan...Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa..Aku akan sentiasa mendoakan dalam ingatan kasih sayang dan rindu yang berpanjangan...
Minggu hadapan Sabtu 12Januari,2013 bermula kelas PJJ ku akan bermula. Sekarang sedang bergelar mahasiswa.. mahasitua pun bolehlah.. he..he..Jadual waktu untuk tahun 2013 dah aku download,tinggal nak print je. Lepas tu sebok la aku dengan assimen, dengan persediaan mengajar.. tahun ni aku mengajar agak berat kerna melibatkan kelas peperiksaan dan tahun 1....Sains tahun 1,Sains tahun 2, Sains tahun 5,Sains tahun 6, Sivik dan Pendidikan Seni(ni sabjek ringan sikit),kelas malam lagi, kalau Sabtu tak kelas kelas PJJ aku buat kelas tambahan...,Tiba hari Ahad selalunya jengah anak kat asrama...(Tahun ni 3 org duduk asrama) dan tahun ni seorang PMR dan seorang SPM..
Nasib baiklah che abe aku sangat2 memahami aku nih, mungkin sebab sama2 profesion kut...Tqlah abang..you are the one who always helps me, understand me and helps to solve my problems...Dulu masa awak kat U banyak yang saya bantu, sorang2 saya jaga anak2... sampai siapkan thesis pun saya yang tolong.. So, now my turn pulak kan!! Kalau tak..haru biru dibuatnya..agaknya aku mesti tension selalu.. terima kasih Ya Allah memudahkan urusan hambamu ini...syukur Alhamdulillah..
Di sini saya nak kongsilah sikit tentang tips2 nak anak2 berjaya..Ilmu Allah yang sekelumit ni, saya nak kongsikan bersama2..Saya belajar daripada orang-orang lama, daripada ibubapa yang juga anak2nya ramai yang berjaya dan daripada pembacaan saya..Saya amat bersyukur dengan apa yang saya amalkan menampakkan hasilnya... cuma banyakkan bersabar... maklum nak senang kena susah2 dulu..Ada kawan2 yang sering bertanya..ialah saya bukannya seorang ustazah atau seorang motivator.. cuma pernah menjadi guru kaunseling sekejap kat sekolah dulu dan cuma berdasarkan pengalaman, banyak bersandarkan kepada Allah..cuma apa yg saya amalkan ialah: Masa mengandung lagi saya amalkan membaca surah Yasin pada setiap malam, bacalah Surah Maryam, Luqman dan Surah Yusuf dan baca juga Surah2 yang lain tu.. Masa mengandung saya tak makan makanan yang masam, kebetulan saya tak suka masam2 sebab rupa2nya yang masam tu boleh melemahkan otak anak. Semasa mengandung suami selalu belikan untuk saya kacang gajus, kurma, kismis dan kacang pestaceous (I'm sorry if the spelling is wrong..)
Perlu diingatkan juga , sebagai seorang Islam pastikan kita kerja ikhlas kerana Allah..tak kiralah kerjaya apa pun kita, yang penting halal...Kalau dah terjadi guru macam saya nih..jangan ponteng mengajar..ajarlah dan didiklah anak2 orang tu betul2,macam anak sendiri, tak kira bangsa dan agama , apa tah lagi anak2 yang orang Islam yng dipertanggungjawabkan untuk kita mendidiknya..jadi mudah2an rezeki yg kita dapat diberkati dan memudahkan anak2 kita tu menerima nur ilmu dari Allah..Jangan kedekut ilmu, selalulah kongsi dengan kawan2 apa juga ilmu yang bermanafaat untuk kita bersama. Itu pun saya pesan kepada semua anak2 saya dan murid2 saya, kalau ada ilmu, dan agak pandai dalam satu2 tajuk ha... jangan kedekut untuk ajarkan rakan2 dalam kelas. Kalau kita beri 1 ilmu, Allah akan beri kita balik 10 malah lebih ilmu yang lain yang tak disangka2 dan kita akan lebih ingat ilmu yang kita dah ajarkan kat kawan2 kita.
Contohnya: Ada salah seorang anak bujang saya ni minat Matematik. Dalam peperiksaan, sabjek Add Mathsnya pada ujian bulanan dan peperiksaan Akhir Tahun 2012 tingkatan 4 mendapat markah tertinggi (100%) daripada 147 orang pelajar di seknya (SBP). Masa periksa akhir tahun lepas dia tempat kedua. Selama dalam kelas (ikut cerita anak saya) dia memang selalu membantu rakan2nya menyelesaikan masalah Add Mate ni, susah sabjek ni..penuh mejanya dikerumuni rakan2nya. Pernah satu ketika ada soalan Mate yang tak dapat dijawab oleh gurunya dan rakan2 lain..syukur Alhamdulillah anak saya dapat selesaikan soalan dan pi depan ajar guru dan rakan2nya.. maklum saya pun guru dan manusia juga, kadang2 ada yang terlupa atau terlepas pandang. Pesan saya selalu ajar kawan dan jangan kedekut ilmu dan jangan bangga diri dengan ilmu yang Allah beri, selalu bersyukur dengan apa yang Allah beri tu.. Kalau kedekut rugi diri sendiri..
Kemudian,kita sebagai ibu n bapa ni jangan lupa mendoakan mereka selalu,terutama ibu. Anak2 pun kena banyak berdoa dan kalau boleh mereka lakukan amalan yang ibu buat. Bukan nak riak atau bangga diri.. Buat apa nak berbangga dan bersifat bongkak, semuanya pinjaman sementara daripada Allah kan, senang susah Allah nak uji hamba2nya nih..hanya memberi contoh..kebetulan kena pada anak2 sendiri..Ialah kebetulan kawan2 selalu tanya saya apa yang saya buat untuk memastikan anak2 berjaya.. Kita berusaha, hanya Allah yang menentukannya..Saya ni kalau lapang2 buat juga di rumah atau kalau ada free pi sembahyang Dhuha kat surau sekolah. Dan lebih kurang jam 3 pagi bangun untuk solat tahajjud dan hajat. Kalau rajin berpuasa khasnya Isnin Khamis.Solat jangan tinggal. Kami biasanya solat berjemaah dengan anak2.Kalau suami atau anak2 lelaki ke masjid sebab rumah dekat dngan masjid, saya berjemaah dengan anak2 perempuan je..Hari2 baca Al-Quran jangan lupa. Alhamdulillah ,anak2 saya semuanya sejak kecil saya sendiri yang ajar baca Al-Quran. Saya pesan kat anak2 sya yg dah kat U tu pun.. hari2 bacalah Quran walaupun 1 ayat walau sesebok manapun..sebab otak dan hati akan lembut dan tenang dan mudah untuk menuntut ilmu.. sebab ilmu tu nur(cahaya), hati yang hitam gelap dan hitam pekat tu tak bolehlah dan tidak membenarkan ilmu masuk punya..Amalan saya setiap hari selepas solat Maghrib, selepas baca doa, baca Alam Nasrah 3x, Inna anzalna 3x, Ayat 1000 dinar 3x, Selawat tib 3x dan saya baca Surah Thoha ayat 1 -5, saya niatkan moga Allah akan melembutkan hati saya, hati suami, hati anak2 dan hati anak murid saya dan minta kepadaNYa mudahan2 dipermudahkan segala urusan saya setiap hari. Lagipun bila selalu baca Al-Quran, hati jadi lapang dan tenang, rezeki mudah masuk, hidup diberkati, orang kata dah tua nanti tak mudah lupa atau nyanyuk, mudahan2 macam tulah, InsyaAllah..
Time nak priksa, selalunya saya berpuasa. Hari dia periksa tu saya berpuasa juga,tiap2 subjek nak periksa saya baca yasin dan solat hajat..ikut kemampuanlah.. moga dada dan hati anak tadi menjadi lapang dan fikirannya tenang, mudah menjawab soalan, diberikan idea dan dikuatkan ingatan, diluaskan ilmunya dan diberi petunjuk dan Hidayah dari Allah.. Jika ada kekangan contohnya waktu anak periksa saya sedang berkursus, saya sedekahkan Al-Fatihah untuk anak saya yang sedang berperang dalam peperiksaan dan saya berdoalah selepas membaca Fatihah tadi.
Ha.. nak kongsi ni.. Anak sya yg sulung ambil bidang perubatan,pelajarannya saya tahu agak sukar dan perlu banyak membaca, hafal dan mengingat..Buku-bukunya banyak dan tebal2.. MasyaAllah..Semuanya dalam Bahasa Inggeris..Saya tabiklah pada para doktor yang dah bergelar doktor tu.. masa belajar memang susah, kena banyak mengingat. Kecut perut sya bila anak nak exam.. Tak tido malam saya dibuatnya.. hanya kepada Allah sahaja saya minta pertolongan..wat tahajud dan solat hajat..Syukur sekarang dia dah di tahun 2...Waktu dia mengadap mayat (Di Unya tahun pertama dah didedahkan dengannya) saya khuatir dia akan lemah semangat dan kena badi dan lain-lain.. Syukur Al-hamdulillah. sya diberitahu oleh pak cik saya, supaya banyak2 membaca ayat kursi dan banyak2membaca:Bismillahil lazi layathurruhu maasmihi .....hingga akhir.
Pemakanan anak2 juga nak kena jaga. Saya tak beri anak2 saya makan hati lembu atau hati ayam dan lain2 dlm perut haiwan..sebab hasil pembacaan saya, hati dan lain2 dlm perut haiwan banyak mengandungi darah. Memakan makanan yang mengandungi banyak darah mempercepatkan hati manusia menjadi panas,dan mudah naik darah dan mudah dihasut oleh syaitan iblis..Kalau banyak gangguan iblis, hati anak akan mudah jadi keras atau keras hati..bila keras hati susahlah nak masuk ilmu dalam hatinya,,tak ke gitu..
Anak2, saya beri makanan tambahan contoh: jus tok guru, setip pagi satu sudu kecil madu,examo..dan kekacang macam pistaceous(ejaan tak ingat-ala kacang yang mahal sikit reganya, ada kulit tu..),sesekali je saya beli kacang tu sebab mahel la... dan kacang gajus. Saya bagi juga minyak ikan yang mengandungi vitamin C, selalu saya beli di farmasi je..dan banyakkan minum air masak. Kalau mereka ke sekolah pastikan bawa air masak kerana air mengandungi oksigen dan membantu otak untuk berfungsi dengan baik. Tekak dan badan pun tak panas dan lebih selesa untuk belajar.
Galakkan anak2 minum susu tepung. Susu tepung memang minuman utama untuk anak2 saya. Di samping mencergaskan otak, menguatkan tulang, gigi dan fizikal mereka. Suami kalau beli susu biasanya 6 tin untuk anak2 dalam sebulan... ada orang yang mungkin tak percaya tapi itulah hakikatnya. Hasilnya memang boleh dibuktikan apabila anak2 saya juga semuanya aktif dalam sukan dan menjadi olahragawan dan olahragawati sejak di sek rendah lagi.
Contoh:
* Anak sulung saya adalah Olahragawati sekolah (STF JB) setiap tahun sewaktu belajar di sana, 2 kali Olahragawati sukan daerah JB,wakil ke negeri dan mewakili 3 kali ke peringkat Kebangsaan dan pernah ke Stadium Bkt Jalil. Wakil STF dalam permainan bola keranjang dan banyak kali jadi johan bola keranjang sek2 berasrama penuh. Di U ni masih aktif sukan tapi kerana coursenya yang agak berat aktiviti2 sukan dikurangkan, banyak tertumpu di kelas dan makmal sahaja.
* Anak kedua pernah 2 tahun menjadi Olahragawati Sek Berasrama penuh di Negeri 9 dan mewakili daerah ke peringkat Negeri 9. Di U sekarang dia kurang sikit aktif, sebab asasi Sains hayat banyak ke makmal, so sukan2 kurenglah..katanya masuk kawad kaki je..kira okla tu..
* Anak ketiga juga atlit wakil Segamat ke Negeri Johor dan atlit sukan di Sek Asrama Penuh di Melaka...ni anak bujang saya..
* Anak keempat 2 kali olahragawan sekolah,atlit ke daerah dan aktif dalam gimnastik artistik ke peringkat negeri Johor..ni anak bujang saya ke dua..
*Anak kelima sukan hanya ke daerah saja tetapi aktif bola jaring hingga ke Peringkat Negeri Johor.
* Anak keenam (perempuan)dan ketujuh (lelaki) masing-masing sek rendah lagi, masing-masing menjadi olahragawati dan olahragawan sukan sekolah rendah 2012.
Anak2 tu , saya kurangkan makan buah tembikai..bukan tak makan langsung.. kenapa tak digalakkan makan banyak buah tembikai ni saya tak berapa ingat, lebih kurang macam nilah..ikut petua yang diperturunkan oleh guru2 saya dulu.. Katanya makan banyak2 boleh melemahkan otak.. tak pasti. Kemudian banyakkan makan ikan, buah2an dan sayuran. Saya juga tak benarkan mereka makan kepala ikan... apa yang saya faham di kepala ikan tu ada mengandungi cecair yang boleh melemahkan otak. (better you all refer other resources to know more about it..)
Ni petua datuk saya..Kalau saya rajin..saya tadah air hujan yang turun hari Jumaat waktu orang sedang khutbah/solat kat Masjid..Mula2 hujan turun tu jangan tadah..takut air kotor..air yang first turun tu kan mengandungi kotoran yang terampai kat udara..Biarkan sekejap...tadah dan beri anak2 minum..mudah2an terang hati anak2 kita menerima ilmu dan pelajaran..
Satu lagi yang menjadi amalan saya yang mungkin boleh dikongsi kepada ibu-ibu muda di luar sana.. Ni pun ilmu yang saya peroleh daripada seorang pensyarah saya sewaktu saya belajar dulu.. Bila mencuci beras baca bismillah dan selawatlah banyak2, begitu juga sewaktu mencuci ikan, daging, sayur dan lain2 yang akan dimasak. Masa masak baca selawat dan baca Inna a'tonai kalkausar... sampai habis. Kita tak pandai masak pun suami dan anak2 akan makan.. mesti sedap punya... Niatkan masa memasak tu "Ya Allah, mudah2an makanan yang aku masak ini akan diberkati dan menjadikan aku, suami aku, anak2 aku orang yang cemerlang dunia dan akhirat.." Berdoalah apa yang dihajatkan yang sewaktu dengannya.
Tambah sikit sebelum last ni.. suami saya berinisiatif .. dia buat jadual. Jadual insentif kejayaan. Contoh:
*Untuk sek rendah: kalau dapat A: setiap sabjek RM3
kalau dapat B: setiap sabjek RM1
kalau dapat C: setiap sabjek RM0.50
Untuk sek menengah: A :setiap sabjek biasanya RM5
B :setiap sabjek biasanya Rm3
C :setiap sabjek biasanya RM1
kalau fail : sertiap sabjek :rotan sekali atau kurangkan duit belanja sekolah
OKlah, da banyak info yang saya cuba kongsikan..Sama2 berkongsi untuk kebaikan..Apa-apa pun yang pentingnya anak-anak kena usaha dan belajar bersungguh2 untuk berjaya. Kalau malas juga, buatlah apa petua dan tips pun takkan berjaya juga... Usaha, doa dan tawakkal.. Saya bercadang juga untuk menghantar ada di antara anak saya ke Sek Tahfiz lepas ni..Saya kongsikan ilmu ikhlas kerana Allah.. Mudahan2 tiada sifat riak dan takabbur kerana apa yang saya kongsikan mungkin turut diamalkan oleh ibu dan bapa di luar sana yang juga mempunyai anak2 yang berjaya dan cemerlang..nanti kalau ada masa saya kongsikan ilmu yang lain pula. Saya ni bukan guru bahasa, guru Sains..jadi ada yang bahasanya tunggang langgang ..saya pohonkan kemaafan... Saya pun masih belajar...Ilmu Allah sangatlah luas dan banyak, tak terjangkau untuk kita untuk meneroka dan mencari semuanya.. Oklah Jazakallah hukhairon kathiro.. Assalamualaikum..
Alhamdulillah melihat kejayaan sahabat aku masniah serta keluarga dan anak-anaknya rasa gembira. Apa pun aku tumpang bangga mempunyai kawan yang telah berjaya seiring dengan kejayaan anak-anak mu Mas.
ReplyDeleteAmin